Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu


Selamat hari Ibu bakeriainie ucapkan kepada semua ibu. Tanpa ibu tiadalah kita di dunia. Bakeriainie ucapkan semoga ibu2 di beri kesihatan yang secukupnya serta cekal menghadapi segala cabaran hidup terutama mereka yang sama2 sealiran dengan bakeriainie ni. Disini Ainie nak kongsi bersama2 para ibu sebuah puisi yang Ainie jumpa dlm blog shaheeda. Diharap shaheeda tak kisah ainie kongsikan puisi ni kepada pengunjung2 blog bakeriainie. Sama2 lah kita menghayati puisi di bawah:

"Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu"


~~kasih ibu membawa ke syurga~~


Continue reading...

Tuesday, May 4, 2010

Kek Upin Ipin


Salam sume...dah lama tak borak2 dlm blog kan....inilah dia salah satu kek edible yang sangat diminati oleh anak2 kita. Tak lain dan tak bukan imej kartun upin ipin le...kek birthday seberat 2.5kg ( kek coklat lembap).....jom layan gambar









bagi sesiapa yang inginkan edible image boleh hubungi saya



Continue reading...

Wednesday, April 14, 2010

Kelas April 2010


Salam kepada semua pengunjung bakeri ainie. Untuk makluman semua, bakeriainie akan mengadakan kelas bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu serta yang ingin menjalankan bisnes dalam bidang kek. Kelas bagi bulan April adalah seperti berikut:

24 Apr : Basic cupcake

25 Apr : Hiasan buttercream cake

* Tarikh lain bagi bulan April dah penuh. Bagi yang ingin request tarikh lain boleh buat pada bulan yang seterusnya. TQ

Kelas bagi bulan Mei :

1 Mei : Basic cupcake
2 Mei : Fondant cupcake

8 Mei : Barbie Cake
9 Mei : Basketwave Cake

Tempat terhad. Siapa cepat dia dapat. Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Continue reading...

Friday, April 9, 2010

choc moist cake


Choc Moist Cake......sekarang ni kek coklat lembap ni memang menjadi pilihan semua orang tidak kira yang kanak2 mahupun yang dewasa. Di bawah ini adalah Choc. Moist Cake with Ganache ( Kek Coklat Lembap dengan topping ganache). Rasanya memang cukup lazat....lembut lembap dan cair di mulut.....erm....sedapnya...nyum...nyum....

Sangat sesuai untuk pelbagai jenis majlis dan ulangtahun. Kek coklat dibawah ni ditempah untuk majlis anniversary. Layannnnzzz




Continue reading...

Friday, March 26, 2010

Produk Sejuk Beku


Produk terbaru kami adalah produk sejuk beku yang terdiri daripada kuih muih seperti Pau Kacang, Pau Kaya, pau kelapa, Pau Ayam, Pau Daging, karipap (kentang, keledek, ayam & daging), karipap pusing (kentang, keledek, ayam, daging), Puteri ayu/ Tuwil Ayu, Apam Gula Hangus, Samosa Kentang, Popia, Cucur Badak dan pelbagai lagi.

Kami juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengedar kami. Sila klik disini.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi di talian 019-3960474.
Continue reading...

Kek dan cupcake kahwin






Tempahan dari Iza kawan kepada Lin yang bekerja di Majlis Daerah. Kek dan Cupcake ni ditempah untuk majlis perkahwinan. Gambar potong kek tak sempat nak amik....ni tengah tunggu dari si pengantin kirimkan....apapun bakeriainie ucapkan "Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan Selamat Pengantin Baru"
Continue reading...

Wednesday, March 3, 2010



Anda boleh menempah imej gambar sendiri atau yang tersayang.

Caranya mudah saja.:
  1. Anda emailkan gambar yang jelas kepada kami.
  2. Sebaik-baiknya gambar mestilah 300 kb. Kalau kurang dari 300kb, gambarnya tidak 'sharp'/ kurang jelas. Ini perlu anda fahami.
  3. Terang atau kabur edible image bergantung pada kb. Kami tidak mengurangkan dakwat pada proses percetakan.
  4. Gambar yang dikirim dengan nilai kb yang cukup, pasti akan mendapat edible image yang memuaskan.
  5. Emailkan beserta ucapan dan saiz yang diperlukan.
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice