Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Thursday, October 20, 2011


untuk makluman...bagi sesiapa yg ingin menempah kek dgn bakeriainie....boleh merujuk harga kek di toolbar bahagian atas paparan ini. Harga akan di naikkan bergantung kepada permintaan pelanggan......jika mempunyai design sendiri sila emailkan ke bakeriainie@yahoo.com. Setakat ini harga yang dipaparkan adalah harga lama dan masih belum dinaikkan....kemungkinan pada tahun depan bakeriainie akan menaikkan harga memandangkan harga barang mentah yang semakin naik dari masa ke semasa. Tempahan untuk bulan november dan disember masih dibuka lagi... sesiapa berminat boleh hubungi bakeriainie. Sekian, terima kasih.
Continue reading...

Monday, August 23, 2010

Tempahan biskut raya sehingga 30 OGOS


Tempahan biskut raya dibuka sehingga 30 Ogos. Homemade cookies yang dibuat menggunakan bahan2 bermutu tinggi dan dijual pada harga yang sangat2 berpatutan. Hanya biskut2 yang paling hangat di pasaran serta mendapat permintaan paling tinggi. Ada 7 jenis biskut iaitu:


White Havana / Pink Havana / Blueberi Havana
RM23 /50pcs



Almond London = RM 22/50pcs


Choc. Chips = RM22/50pcs


Tat gulung Nanas = RM 22/50pcs


Coconut Flakes = RM 22/50pcs
Continue reading...

Thursday, June 3, 2010

berkongsi ilmu


Sumber ini saya dapat dari blog kawan saya iaitu En. Zaki, klik sini. Saya sungguh terkedu apabila membacanya. Bayangkan selama ini saya telah menyalahgunakan perkataan tersebut. dan disini saya rasa saya patut berkongsi pengetahuan ini dengan rakan2 sekalian.


Salam sahabatku,

Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.

Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.

Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).

Sekian.

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!

Continue reading...

Sunday, May 16, 2010

Puisi Untukmu Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru terutama guru-guru yang telah banyak mendidik ainie. Disini bakeriainie ingin tujukan sebuah puisi kepada semua guru diluar sana.

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Continue reading...

Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu


Selamat hari Ibu bakeriainie ucapkan kepada semua ibu. Tanpa ibu tiadalah kita di dunia. Bakeriainie ucapkan semoga ibu2 di beri kesihatan yang secukupnya serta cekal menghadapi segala cabaran hidup terutama mereka yang sama2 sealiran dengan bakeriainie ni. Disini Ainie nak kongsi bersama2 para ibu sebuah puisi yang Ainie jumpa dlm blog shaheeda. Diharap shaheeda tak kisah ainie kongsikan puisi ni kepada pengunjung2 blog bakeriainie. Sama2 lah kita menghayati puisi di bawah:

"Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu"


~~kasih ibu membawa ke syurga~~


Continue reading...

Friday, March 26, 2010

Produk Sejuk Beku


Produk terbaru kami adalah produk sejuk beku yang terdiri daripada kuih muih seperti Pau Kacang, Pau Kaya, pau kelapa, Pau Ayam, Pau Daging, karipap (kentang, keledek, ayam & daging), karipap pusing (kentang, keledek, ayam, daging), Puteri ayu/ Tuwil Ayu, Apam Gula Hangus, Samosa Kentang, Popia, Cucur Badak dan pelbagai lagi.

Kami juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengedar kami. Sila klik disini.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi di talian 019-3960474.
Continue reading...

Saturday, January 2, 2010

Happy New Year


Selamat tahun Baru 2010 untuk semua pengunjung blog Bakeri Ainie. Ini pun dah kira terlambat nak wish happy new year tapi tak salah kan....Bakeri Ainie berharap moga di tahun baru ini akan membawa keberkatan serta kebaikan kepada kita semua. Tidak lupa juga untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009....moga Allah S.W.T memberkati kehidupan kita semua serta apa yang dihajati mendapat kejayaan...Amin.
Continue reading...

Monday, December 21, 2009

Pengumuman


Kelas membuat dan mendeko kek dengan hiasan terkini akan diadakan pada tahun hadapan. Sesiapa berminat bolehlah mendaftar untuk booking tarikh.

Kelas - kelas yang akan diadakan :
1. Basic Cupcakes Decoration
2. Fondant Cupcakes
3. Kelas Hiasan Kek dengan Buttercream
4. Kelas Basketwave
5. Little Princess cake
6. Tier Wedding Cake

Peserta akan diajar sehingga dapat dan hasil buatan boleh dibawa balik.

Bagi yang berminat boleh hubungi Ainie 019-3960474 untuk booking tarikh serta kelas.

Deposit sebanyak 50% henadaklah dibuat dengan membuat bayaran ke akaun maybank Noraini Mohamad : 1621 4295 3608. Bakinya boleh dibuat semasa kelas dijalankan. Kelas akan bermula pukul 9 pg sehingga siap.

Untuk makluman semua..kek kami ini adalah seratus peratus halal dimana kami menggunakan semua bahan- bahan yang dijamin halal.
Continue reading...

Wednesday, November 11, 2009

Makluman


Salam kepada semua pembaca...saya akan mengadakan kelas membuat dan mendeko kek serta cupcake...memandangkan ramai yang bertanya kepada saya bila nak adakan kelas...sekarang ni saya tengah cari tempat yang sesuai untuk adakan kelas....bila dah ada apa yang dicari saya akan maklumkan....bagi sesiapa yang minat dalam pembuatan kek inilah masanya untuk anda menambahkan ilmu pengetahuan.
Continue reading...

Monday, October 26, 2009

Muhasabah diri


Dunia...dunia....inilah dia dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran...betullah kata-kata bijak pandai.."bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah". Ada saja dugaan dan halangan yang tiba....adakah ini satu hukuman atau satu cabaran ke atas aku. Inilah yang telah diluahkan oleh seorang rakan kepadaku...Aku hanya menjadi seorang pendengar setia untuk dia meluahkan segala masalah...dari apa yang diceritakan aku turut berasa simpati dengan nasib yang diterimanya...bukan untuk menyalahkan takdir tapi untuk dijadikan sempadan kepada hidupku.

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu dan memohon agar setiap apa yang dilakukan oleh hambaNya ini di rahmati serta mendapat keredhaan Ilahi.

Memang tak dinafikan kadang-kadang kesabaran tu boleh hilang jika sentiasa diasak dengan dugaan yang maha hebat. Namun hanya kepadaMu aku berserah. Mungkin itu cara terbaik untuk mengelakkan masalah tersebut terus berlarutan.

Biar hidup tidak mewah seperti orang lain tapi hidup kita sentiasa ceria dan apa saja kerja yang dilakukan adalah halal dan yang mahalnya adalah dari hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung harap pada orang lain. Ini mungkin dugaan yang tuhan bagi kepada kita...ujian yang harus ditempuhi sebelum kita menjadi salah seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiga perkara yang perlu kita pegang untuk berjaya:
1. Berdoa - berdoa supaya apa yang ingin dilakukan itu mendapat keredhaanNya
2. Berusaha - setelah memilih sesuatu pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana dengan kesungguhan itulah tanda kejayaan. Namun dalam mengejar cita-cita jangan lupa pulak dengan tugas kita terhadap Ilahi.
3. Bertawakal- setelah kita berusaha bersungguh-sungguh hanya kepada tuhan kita berserah.

Moga-moga ianya akan menjadi iktibar kepada kita semua.
Continue reading...

Thursday, September 24, 2009

Selamat hari raya


Salam semua....bagaimana dengan sambutan hari raya? Bagi keluarga saya, kami sambut ala kadar je...yang sibuk nak beraya ni budak-budak...kita yang dewasa ni hanya buat mana yg penting je..alhamdulillah dapat jugak kami berkunjung ke rumah kedua-dua orang tua dan mertua. Itu pun rumah saudara mara belum habis lagi berkunjung. Takpe rayakan sebulan....Apa pun masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.
Continue reading...

Monday, June 15, 2009

Sembang-sembang


Dah lama jugak tak update blog ni. Cuti sekolah 2 minggu maka bercutilah kita 2 minggu jugak...huhu..Cuti dah abis maka kena mulalah bekerja semula. Tambahan pula tak lama dah nak mula puasa. Mesti sibuk dengan tempahan biskut raya. Bagi yang menjalankan bisnes biskut raya pasti dah mula dengan promosi biskut sekarang nih. Yelah lepas ni dah sibuk nak buat biskut tempahan pula. Begitu le dengan saya di sini. Dah jadi tabiat manusia walaupun dah merasa sebelum ni biskut yang kita buat tahun lepas tetap nak rasa lagi untuk tahun ni pulak. So, untuk menjaga hati pelanggan kenalah buat jugak untuk dirasa. Janji mereka puas hati, kita pun senang hati..betul tak? hehe
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice