Showing posts with label Selamat hari ibu. Show all posts
Showing posts with label Selamat hari ibu. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Kek Coklat Ganache


Sempena hari ibu yang lalu bakerainie ada menerima tempahan untuk buat kek coklat yang disaluti ganache. Tempahan dibuat oleh nazira.....sebelum dia buat tempah kek coklat ni dia dah booking tempahan untuk kek kahwin pada bulan 6 nanti....apa pun inilah maklum balas dari nazira yang dikirim melalui pesanan sms : Salam kak, saya dah makan kek moist tu, memang terbaik dari ladang, sedap giler, huhu..nanti teragak yang lain, saya order yek, ok kak, salam.

Bila dapat sms mcm ni rasa bangga la sangat tapi takdelah sampai rasa riak...huhu....apa pun bakeriainie ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi membuat tempahan dengan bakeriainie.

Continue reading...

Sunday, May 9, 2010

Oren buttercake untuk ibu



Oren Buttercake ni ditempah oleh Farhad melalui email....senang berurusan dengan Farhad ni...semua urusan berjalan dengan lancar sekali...bakeriainie harap ibu farhad gembira menerima hadiah ingatan daripada anaknya yang duduk jauh di rantau orang..walaupun jauh sebagai seorang anak, dia tidak lupa untuk meraikan ibunya sempena hari ibu ini. Farhad membuat tempahan buttercake + hiasan BC ringkas...Namun segala tambahan adalah pemberian daripada bakerianie sempena meraikan hari ibu. Jom kita layan gambar.







Oren buttercake
9"
Hiasan BC
Continue reading...

Selamat hari Ibu


Selamat hari Ibu bakeriainie ucapkan kepada semua ibu. Tanpa ibu tiadalah kita di dunia. Bakeriainie ucapkan semoga ibu2 di beri kesihatan yang secukupnya serta cekal menghadapi segala cabaran hidup terutama mereka yang sama2 sealiran dengan bakeriainie ni. Disini Ainie nak kongsi bersama2 para ibu sebuah puisi yang Ainie jumpa dlm blog shaheeda. Diharap shaheeda tak kisah ainie kongsikan puisi ni kepada pengunjung2 blog bakeriainie. Sama2 lah kita menghayati puisi di bawah:

"Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu"


~~kasih ibu membawa ke syurga~~


Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice