Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts
Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Hari Guru



Tempahan oleh makcik ku Laily sempena hari guru...simple deco...thanks a lot acik for the order.
Continue reading...

Saturday, June 25, 2011

Selamat Hari Guru


Sempena hari guru ni bakeriainie telah menerima tempahan dari pengusaha kantin SMK Maran 2....thanks sudi order dari bakeriainie.....


Continue reading...

Sunday, May 16, 2010

Kek Untukmu Guru


Pada hari khamis malam jumaat, bakeriainie telah menerima panggilan dari Enon. Enon inginkan sebiji kek seberat 2kg berbentuk buku khas untuk meraikan hari guru di sekolahnya.Bakeriainie seronok deko kek ni. Menggunakan edible image dan hiasan alat tulis serta skroll yang dibuat menggunakan fondant. Sebenarnya saja bakeriainie buat tambahan deko pada kek tu. Bakeriainie bertambah gembira bila mendapat pujian daripada orang yang menempah ternyata beliau sungguh berpuashati.. thanks ye non kerana memberi kepercayaan kepada bakerianie dan lain kali order le lagi untuk birthday anak lak. Ok..jom kita layan gambar.






moist choc cake
+2kg
Bc+edible+fondant

Bagi sesiapa yang inginkan edible image boleh hubungi bakeriainie


Continue reading...

Puisi Untukmu Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru terutama guru-guru yang telah banyak mendidik ainie. Disini bakeriainie ingin tujukan sebuah puisi kepada semua guru diluar sana.

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice