Wednesday, December 9, 2009

Cheesecake with strawberry filling


Tempahan dari adik ipar ku...cheesecake dan mousse coffee cake ...hehe...sebenarnya ainie nak buat strawberry cheesecake...tapi cari kat supermarket takde lak buah strawberry nya...so ainie tukarkan kepada buah anggur....tapi apapun adik ipar kata sedap....oklah tu...huhu

Cheesecake w s/berry filling

Bab amik gambar ni memang fail...itu yang En. DD ku selalu marah....nak wat mcmana amik gambar ni bukan bidang ku...terima je lah leterannya itu.
Continue reading...

Demo kek lapis betawi



Alhamdulillah pada 22 November atas permintaan Rukun Tetangga Genuang Selatan telah diadakan demo membuat kek lapis betawi...at the end masing-masing pulang dengan senyuman yang lebar...mana tak lebar dapat bekal untuk dibawa pulang..hehe...

Tapi gambar-gambar yang ada sumenya gambar masa nak bagi-bagi kek lapis tu...gambar sebelum xde...takpelah nanti bila dah jumpa..saya uploadkan ye....
Continue reading...

Wednesday, November 11, 2009

Makluman


Salam kepada semua pembaca...saya akan mengadakan kelas membuat dan mendeko kek serta cupcake...memandangkan ramai yang bertanya kepada saya bila nak adakan kelas...sekarang ni saya tengah cari tempat yang sesuai untuk adakan kelas....bila dah ada apa yang dicari saya akan maklumkan....bagi sesiapa yang minat dalam pembuatan kek inilah masanya untuk anda menambahkan ilmu pengetahuan.
Continue reading...

Saturday, November 7, 2009

B'day cake again



Inilah dia kek dengan edible image princess yang sangat diminati oleh anak sulungku....Gembira tak terkata bila hajat tercapai...mana taknya hari-hari suruh maknya buat kek barbie....bila dah dapat seronok le.....Inilah tanda kasih dan sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Semoga dirimu sentiasa ceria, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sempurna serta diberi kecerdikan dan kepandaian demi masa depanmu. "Emak sayang Aina"
Continue reading...

bday kek for my dad


Pandan Layer Cake

Pandan Cake w buttercream

Sempena b'day abah, 2 biji kek telah dibuat...pandan layer cake dibuat atas permintaan mak tersayang. Sebiji kek lagi disalut dengan buttercream...barulah ada gaya nak wat b'day party...tul tak....tak kisah le janji yang hadir puas hati....hehe...kepada abah ...Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik...insyaAllah....
Continue reading...

Photocake


Kek upin ipin yang ditempah oleh nenek syira sempena ulangtahun syira yg ke-3 tahun. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan serta ceria selalu.
Continue reading...

Monday, October 26, 2009

Muhasabah diri


Dunia...dunia....inilah dia dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran...betullah kata-kata bijak pandai.."bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah". Ada saja dugaan dan halangan yang tiba....adakah ini satu hukuman atau satu cabaran ke atas aku. Inilah yang telah diluahkan oleh seorang rakan kepadaku...Aku hanya menjadi seorang pendengar setia untuk dia meluahkan segala masalah...dari apa yang diceritakan aku turut berasa simpati dengan nasib yang diterimanya...bukan untuk menyalahkan takdir tapi untuk dijadikan sempadan kepada hidupku.

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu dan memohon agar setiap apa yang dilakukan oleh hambaNya ini di rahmati serta mendapat keredhaan Ilahi.

Memang tak dinafikan kadang-kadang kesabaran tu boleh hilang jika sentiasa diasak dengan dugaan yang maha hebat. Namun hanya kepadaMu aku berserah. Mungkin itu cara terbaik untuk mengelakkan masalah tersebut terus berlarutan.

Biar hidup tidak mewah seperti orang lain tapi hidup kita sentiasa ceria dan apa saja kerja yang dilakukan adalah halal dan yang mahalnya adalah dari hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung harap pada orang lain. Ini mungkin dugaan yang tuhan bagi kepada kita...ujian yang harus ditempuhi sebelum kita menjadi salah seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiga perkara yang perlu kita pegang untuk berjaya:
1. Berdoa - berdoa supaya apa yang ingin dilakukan itu mendapat keredhaanNya
2. Berusaha - setelah memilih sesuatu pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana dengan kesungguhan itulah tanda kejayaan. Namun dalam mengejar cita-cita jangan lupa pulak dengan tugas kita terhadap Ilahi.
3. Bertawakal- setelah kita berusaha bersungguh-sungguh hanya kepada tuhan kita berserah.

Moga-moga ianya akan menjadi iktibar kepada kita semua.
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice