Tuesday, December 29, 2009

Buttercream Cake


Kek ni diorder oleh Ralisa dari Majlis Daerah Segamat. Kek diorder sempena hari lahir Perbendaharaan Dis 2009


Kek span coklat + BC
1 1/2 kg

Continue reading...

Kek Buah Kukus


Kek kukus ni saja je buat, ikut resepi yang diberi oleh kawanku. Kebetulan pulak emak suka dengan kek kukus buah ni....tapi bila dah siap mak kata kek ni tak bape jadi...aduh sedihnya...tapi takpe ini satu cabaran untukku mencuba lagi supaya aku berjaya buat kek kukus yang sedap dan lazat...ramai gak customer yang tanya pasal kek kukus ni....tunggu ye...kek kukus tengah rnd lagi hehe


Kek kukus beratnya 2kg

Continue reading...

Monday, December 21, 2009

Pengumuman


Kelas membuat dan mendeko kek dengan hiasan terkini akan diadakan pada tahun hadapan. Sesiapa berminat bolehlah mendaftar untuk booking tarikh.

Kelas - kelas yang akan diadakan :
1. Basic Cupcakes Decoration
2. Fondant Cupcakes
3. Kelas Hiasan Kek dengan Buttercream
4. Kelas Basketwave
5. Little Princess cake
6. Tier Wedding Cake

Peserta akan diajar sehingga dapat dan hasil buatan boleh dibawa balik.

Bagi yang berminat boleh hubungi Ainie 019-3960474 untuk booking tarikh serta kelas.

Deposit sebanyak 50% henadaklah dibuat dengan membuat bayaran ke akaun maybank Noraini Mohamad : 1621 4295 3608. Bakinya boleh dibuat semasa kelas dijalankan. Kelas akan bermula pukul 9 pg sehingga siap.

Untuk makluman semua..kek kami ini adalah seratus peratus halal dimana kami menggunakan semua bahan- bahan yang dijamin halal.
Continue reading...

door gift / wedding gift


Colourfull cookies ni mmg sesuai untuk dijadikan door gift atau wedding gift.....lain daripada yang lain kan....Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi ainie 019-3960474 ( 8am - 7pm )
1pcs = Rm2.00. Minima order 50 pcs.

Jenis cookies:
  • - Butter cookies
  • Chocolate cookies
  • Vanilla Cookies
  • Almond cookies







Continue reading...

Kek Aiskrim strawberry


Kek ni ditempah oleh linda...teman masa sekolah dulu....itupun terjumpa masa gi kursus...Linda order kek ni saja je nak buat makan2...sempena cuti awal muharam ni...katanya nak bawa kek ni ke Pasir Gudang...harap2 tak cair la ye....kita harap Linda berpuas hati dengan kek ni, edible image tu last minit gi cari kat kedai tu yang ada tulis happy birthday...takpe kan linda....mesti anak suka kan...



kek span oren +aiskrim strawberry
Continue reading...

Kek coklat


Maaf le tak sempat nak update blog...sekarang ni tgh sibuk nak pindah rumah...tapi dalam tengah sibuk2 pindah barang...umah sewa tu dah kena potong air...padan le bukak air tak keluar...skrg ni tgh tunggu tuan rumah uruskan dengan SAJ..

Di bawah ni tempahan dari rakan semasa keje kontrak dulu, Ralisa. Dia order kek untuk anaknya Nur Firzanah. Sorry ye lisa bab masa lisa datang amik kek kita takde masa tuh...Harap Lisa berpuas hati ye...tqvm kerana order dengan kita ye



kek span coklat + bc
Continue reading...

Wednesday, December 9, 2009

Cheesecake with strawberry filling


Tempahan dari adik ipar ku...cheesecake dan mousse coffee cake ...hehe...sebenarnya ainie nak buat strawberry cheesecake...tapi cari kat supermarket takde lak buah strawberry nya...so ainie tukarkan kepada buah anggur....tapi apapun adik ipar kata sedap....oklah tu...huhu

Cheesecake w s/berry filling

Bab amik gambar ni memang fail...itu yang En. DD ku selalu marah....nak wat mcmana amik gambar ni bukan bidang ku...terima je lah leterannya itu.
Continue reading...

Demo kek lapis betawi



Alhamdulillah pada 22 November atas permintaan Rukun Tetangga Genuang Selatan telah diadakan demo membuat kek lapis betawi...at the end masing-masing pulang dengan senyuman yang lebar...mana tak lebar dapat bekal untuk dibawa pulang..hehe...

Tapi gambar-gambar yang ada sumenya gambar masa nak bagi-bagi kek lapis tu...gambar sebelum xde...takpelah nanti bila dah jumpa..saya uploadkan ye....
Continue reading...

Wednesday, November 11, 2009

Makluman


Salam kepada semua pembaca...saya akan mengadakan kelas membuat dan mendeko kek serta cupcake...memandangkan ramai yang bertanya kepada saya bila nak adakan kelas...sekarang ni saya tengah cari tempat yang sesuai untuk adakan kelas....bila dah ada apa yang dicari saya akan maklumkan....bagi sesiapa yang minat dalam pembuatan kek inilah masanya untuk anda menambahkan ilmu pengetahuan.
Continue reading...

Saturday, November 7, 2009

B'day cake again



Inilah dia kek dengan edible image princess yang sangat diminati oleh anak sulungku....Gembira tak terkata bila hajat tercapai...mana taknya hari-hari suruh maknya buat kek barbie....bila dah dapat seronok le.....Inilah tanda kasih dan sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Semoga dirimu sentiasa ceria, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sempurna serta diberi kecerdikan dan kepandaian demi masa depanmu. "Emak sayang Aina"
Continue reading...

bday kek for my dad


Pandan Layer Cake

Pandan Cake w buttercream

Sempena b'day abah, 2 biji kek telah dibuat...pandan layer cake dibuat atas permintaan mak tersayang. Sebiji kek lagi disalut dengan buttercream...barulah ada gaya nak wat b'day party...tul tak....tak kisah le janji yang hadir puas hati....hehe...kepada abah ...Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik...insyaAllah....
Continue reading...

Photocake


Kek upin ipin yang ditempah oleh nenek syira sempena ulangtahun syira yg ke-3 tahun. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan serta ceria selalu.
Continue reading...

Monday, October 26, 2009

Muhasabah diri


Dunia...dunia....inilah dia dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran...betullah kata-kata bijak pandai.."bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah". Ada saja dugaan dan halangan yang tiba....adakah ini satu hukuman atau satu cabaran ke atas aku. Inilah yang telah diluahkan oleh seorang rakan kepadaku...Aku hanya menjadi seorang pendengar setia untuk dia meluahkan segala masalah...dari apa yang diceritakan aku turut berasa simpati dengan nasib yang diterimanya...bukan untuk menyalahkan takdir tapi untuk dijadikan sempadan kepada hidupku.

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu dan memohon agar setiap apa yang dilakukan oleh hambaNya ini di rahmati serta mendapat keredhaan Ilahi.

Memang tak dinafikan kadang-kadang kesabaran tu boleh hilang jika sentiasa diasak dengan dugaan yang maha hebat. Namun hanya kepadaMu aku berserah. Mungkin itu cara terbaik untuk mengelakkan masalah tersebut terus berlarutan.

Biar hidup tidak mewah seperti orang lain tapi hidup kita sentiasa ceria dan apa saja kerja yang dilakukan adalah halal dan yang mahalnya adalah dari hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung harap pada orang lain. Ini mungkin dugaan yang tuhan bagi kepada kita...ujian yang harus ditempuhi sebelum kita menjadi salah seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiga perkara yang perlu kita pegang untuk berjaya:
1. Berdoa - berdoa supaya apa yang ingin dilakukan itu mendapat keredhaanNya
2. Berusaha - setelah memilih sesuatu pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana dengan kesungguhan itulah tanda kejayaan. Namun dalam mengejar cita-cita jangan lupa pulak dengan tugas kita terhadap Ilahi.
3. Bertawakal- setelah kita berusaha bersungguh-sungguh hanya kepada tuhan kita berserah.

Moga-moga ianya akan menjadi iktibar kepada kita semua.
Continue reading...

Monday, October 19, 2009

Birthday cake untuk 3 beradik



Photocake berlatar belakang kartun pooh n d geng ditempah oleh makcik (Pn. Laily) sempena meraikan birthday ketiga-tiga anaknya serentak. Senang berurusan dengan makcik kerana semuanya terpulang pada saya dari segi deko dan jenis kek. Maka saya buatkan choc. moist cake + bc + edible image. Semoga kalian berpuas hati.

Kepada Nora, Syarifah dan Faizal " Selamat Ulangtahun dan semoga kalian dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa... Amin"
Continue reading...

Wednesday, October 7, 2009

Cupcakes pink purple




Cupcakes bertemakan pink purple...puas gak pikirkan design nya...last2 dapat idea bila buka blog bakedecorate2u. thanks bakedecorate2u. inilah hasilnya cupcakes bertemakan pink purple untuk hantaran perkahwinan adik.
Continue reading...

Thursday, September 24, 2009

Selamat hari raya


Salam semua....bagaimana dengan sambutan hari raya? Bagi keluarga saya, kami sambut ala kadar je...yang sibuk nak beraya ni budak-budak...kita yang dewasa ni hanya buat mana yg penting je..alhamdulillah dapat jugak kami berkunjung ke rumah kedua-dua orang tua dan mertua. Itu pun rumah saudara mara belum habis lagi berkunjung. Takpe rayakan sebulan....Apa pun masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.
Continue reading...

Friday, August 14, 2009

Pengumuman!!!




Untuk pengetahuan semua, close order untuk tempahan biskut raya adalah pada 30 Ogos 2009. Maka bagi sesiapa yang belum menempah bolehlah menempah sekarang. Sekarang ni pun dah ramai yang buat tempahan. Yang nak ambil sebelum puasa pun ada iaitu tempahan biskut almond london sebanyak 20 bekas. Alhamdulillah tempahan telah pun dihantar.


Dengan harga yang murah tetapi menggunakan bahan-bahan yang berkualiti memanglah sesuatu yang diingini oleh customer. Maka tempahlah segera jangan berlengah-lengah lagi.
Continue reading...

Tuesday, July 14, 2009

Novelty Cake





Ini adalah novelty cake yang sangat sesuai untuk majlis ulangtahun kanak-kanak yang mana anda boleh pilih tema yang dikehendaki seperti upin ipin, ben 10, barbie, dora the explorer dan sebagainya.
Continue reading...

Basketwave Cake



Inilah dia basketwave cake yang berjaya dihasilkan. Sangat sesuai untuk dijadikan hantaran pertunangan dan perkahwinan.
Continue reading...

Photocake



Inilah dia photocake.. Cantikkan ...kanak2 pasti sangat suka dengan bentuk kek yang sebegini. Kita pun akan rasa happy bila melihat kepuasan hati serta keriangan yang terpancar di wajah anak-anak apabila hari lahirnya dirai bersama. Malah jika anda teringin nak letak gambar sendiri pun boleh, tiada salahnya.
Continue reading...

Monday, June 15, 2009

Sembang-sembang


Dah lama jugak tak update blog ni. Cuti sekolah 2 minggu maka bercutilah kita 2 minggu jugak...huhu..Cuti dah abis maka kena mulalah bekerja semula. Tambahan pula tak lama dah nak mula puasa. Mesti sibuk dengan tempahan biskut raya. Bagi yang menjalankan bisnes biskut raya pasti dah mula dengan promosi biskut sekarang nih. Yelah lepas ni dah sibuk nak buat biskut tempahan pula. Begitu le dengan saya di sini. Dah jadi tabiat manusia walaupun dah merasa sebelum ni biskut yang kita buat tahun lepas tetap nak rasa lagi untuk tahun ni pulak. So, untuk menjaga hati pelanggan kenalah buat jugak untuk dirasa. Janji mereka puas hati, kita pun senang hati..betul tak? hehe
Continue reading...

Happy Birthday



inilah hasilnya kek coklat dengan hiasan ganache untuk ulangtahun kelahiran Afiq yang ke-2 tahun. Seronok betul Afiq bila melihat gambar kartun kegemaran berdiri di sebelah gambarnya.
Continue reading...

Kek birthday Azie



Inilah dia kek bday purple mengikut permintaan Faizah yang menempah khas untuk menyambut bday rakan sekolahnya.
Continue reading...

Kek birthday Faizal




Inilah dia kek yang ditempah last minute oleh Pn. Aminah untuk anaknya yang berusia 7 tahun. Nasib baik anaknya tak cerewet. Janji sedap katanya...hehe...thanks acik...lain kali orderlah lagi.
Continue reading...

Hari kek TV3




Pada 12 April lepas tv3 telah mengadakan Hari kek. Walaupun tinggal jauh pergi jugak tengok itupun kebetulan pada hari yang sama suami ada urusan di Kuala Lumpur. Memang tengok chef tersebut menyiapkan kek tersebut dari awal hinggalah menjadi seperti gambar diatas.
Continue reading...

Tuesday, May 12, 2009

Happy Mother's Day


Mosse Coffee Cake

Tanggal 10 Mei 2009 adalah merupakan Sambutan Hari Ibu. Sempat juga lah buat sebiji kek untuk sambutan hari ibu. Majlis diadakan selepas maghrib untuk meraikan para ibu yang ada pada malam tu. Kira meriah jugak le malam tu.

Dibawah ni antara gambar-gambar yang diambil pada malam tu.


Continue reading...

Cupcake


TBlue Cuppy Cake

Tempahan bagi sambutan ulangtahun Norfaizah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diberi kesihatan yang sempurna. Amin.

Continue reading...

Kek birthday



Kek Vanilla + Buttercream

Kek birthday yang ditempah oleh 2 orang yang berbeza. Terima kasih le bab sudi tempah dengan saya. Lain kali order lah lagi.
Continue reading...

Kek Anniversary


Blueberry Chess Cake


Kek ini dibuat sempena anniversary Ayahanda & Bonda. Buat majlis kecil-kecilan je. Kumpul adik-beradik.


Continue reading...

Kek perkahwinan Bob


Kek Coklat + Buttercream

Kek ini ditempah oleh ibu kepada pengantin lelaki iaitu Pn Yatimah. Terima kasih muksu kerana mempercayai saya untuk membuat kek kahwin anak sulung muksu. Diharap majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Amin.
Continue reading...

Thursday, January 1, 2009

Harga cheesecake


Cheesecake

1. Simple Cheesecake
2. Oreo Cheesecake
3. Blueberry Cheesecake
4. strawberry Cheesecake
5. Choc topping Cheesecake

Harga cheesecake bermula dari RM35 - RM75 (bergantung kepada hiasan dan permintaan pelanggan)


*note: Harga akan berubah mengikut keadaan semasa
Continue reading...

Kek Lapis


1. Pandan Layer Cake
8" = RM 45.00
9" = RM 60.00

2. Kek lapis Betawi
7"x7" = RM 45
8"x8" = RM 70

3. Kek lapis Pelangi
7"x7" = RM 45
8"x8" = RM 70

4. Kek lapis Asam Manis
7"x7" = RM 50
8"x8" = RM 75

5. Kek lapis Prune
7"x7" = RM 50
8"x8" = RM 75

6. Kek lapis Dam
7"x7" = RM 75
8"x8" = RM 100

7. Kek lapis Selendang
7"x7" = RM 75
8"x8" = RM 100

8. Kek lapis Semarak Kalbu
7"x7" = RM 75
8"x8" = RM 100

* Note : Harga akan berubah dari masa ke semasa
Continue reading...

Harga kek


1. Kek Coklat Lembap + BC (buttercream)
6" = RM 18.00
7" = RM 30.00
8" = RM 40.00

2. Kek Coklat Lembap + ganache / Fresh Cream(FC)
6" = RM 22.00
7" = RM 40.00
8" = RM 60.00

3. Kek Span (coklat, vanilla, pandan, oren)
- dengan hiasan BC 8" = RM35
- dengan hiasan ganache atau FC 8" = RM 50
- dengan hiasan basketwave = RM 50

4. Buttercake (pure butter) 9" = RM 50

5. Blackforest cake 8" = RM 50

6. Carrot walnut cake with Frosting Creamcheese 9" = RM 60

7. Cheesecake ( bermula dari RM40 ke atas bergantung kepada saiz dan hiasan )

8. Kek hantaran BC
- Bentuk love bermula dari RM70 (standard saiz papan 12")
- Jika ada edible image bermula RM100

9. Kek hantaran Fondant bermula dari RM100

10. Kek little princess (BC) - RM 60 (utk kek span), RM 80 (utk kek butter)
- penambahan harga jika little princess diletak diatas platform kek

11. Kek Barbie Fondant RM150
- penambahan harga jika little princess diletak diatas platform kek

12. Novelty Cake bermula RM120

13. Wedding cake BC - 2 tingkat = harga bermula dari RM200
3 tingkat = harga bermula dari RM300
4 tingkat = harga bermula dari RM400

14. Wedding cake Fondant - 2 tingkat = harga bermula dari RM450
3 tingkat = harga bermula dari RM750

* Note : Harga akan berubah dari masa ke semasa
Continue reading...

Senarai harga cupcake


Harga baru bermula 1 Februari 2012

CUPCAKES
Pilihan :
* vanilla
* chocolate moist
* strawberry
* orange


Toppings :
* buttercream
* cream cheese
* chocolate ganache
* buttercream and piping jelly
* gumpaste/fondant/figurine

Size for cupcakes :
* 's' only for souffle cup [2oz, left] and 's' for paper cup [right]




source of picture from bakedecorate2u


PRICING :
Cuppies [refer pictures]
'S' size for souffle cup
1 box/16 pcs = starting from RM45
1 box/25 pcs = starting from RM55
1 box/32 pcs = starting from RM65


'M' size for souffle cup
1 box/16 pcs = starting from RM55
1 box/25 pcs = starting from RM75


'S' size for paper cup
receive order only for plain cuppies for wedding gift
*** add 3o cents for individual pack

Engagement / Wedding cuppies
-'S' and 'M' size for souffle cup
-Price starting from RM4.00 and above
-Deco with fondant finishing



* Note : Price may subject to change from time to time

Continue reading...

Salam Perkenalan


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya ini. Sememangnya saya amat berminat dengan pembuatan bakeri ni. Cuma ilmu tu belum cukup buat saya membuka sebuah bakeri yang diidam-idamkan. Sekarang ni pun saya masih dalam proses menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bakeri. Tidak lupa juga kepada puan Noraini Zakaria yang banyak mengajar saya cara-cara membuat kek, kek lapis, biskut dan pelbagai lagi. Bagi sesiapa yang berminat mengikuti kelas yang dianjurkan oleh puan Noraini Zakaria bolehlah kunjungi blog beliau di resipinoraini.blogspot.com. Saya juga ada bercadang untuk membuka kelas mengajar membuat kek di kawasan Segamat. Saya juga berharap apa yang saya pelajari dengan puan Noraini dapat saya kongsi bersama dengan sesiapa yang berminat.
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice