Monday, October 26, 2009

Muhasabah diri


Dunia...dunia....inilah dia dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran...betullah kata-kata bijak pandai.."bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah". Ada saja dugaan dan halangan yang tiba....adakah ini satu hukuman atau satu cabaran ke atas aku. Inilah yang telah diluahkan oleh seorang rakan kepadaku...Aku hanya menjadi seorang pendengar setia untuk dia meluahkan segala masalah...dari apa yang diceritakan aku turut berasa simpati dengan nasib yang diterimanya...bukan untuk menyalahkan takdir tapi untuk dijadikan sempadan kepada hidupku.

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu dan memohon agar setiap apa yang dilakukan oleh hambaNya ini di rahmati serta mendapat keredhaan Ilahi.

Memang tak dinafikan kadang-kadang kesabaran tu boleh hilang jika sentiasa diasak dengan dugaan yang maha hebat. Namun hanya kepadaMu aku berserah. Mungkin itu cara terbaik untuk mengelakkan masalah tersebut terus berlarutan.

Biar hidup tidak mewah seperti orang lain tapi hidup kita sentiasa ceria dan apa saja kerja yang dilakukan adalah halal dan yang mahalnya adalah dari hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung harap pada orang lain. Ini mungkin dugaan yang tuhan bagi kepada kita...ujian yang harus ditempuhi sebelum kita menjadi salah seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiga perkara yang perlu kita pegang untuk berjaya:
1. Berdoa - berdoa supaya apa yang ingin dilakukan itu mendapat keredhaanNya
2. Berusaha - setelah memilih sesuatu pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana dengan kesungguhan itulah tanda kejayaan. Namun dalam mengejar cita-cita jangan lupa pulak dengan tugas kita terhadap Ilahi.
3. Bertawakal- setelah kita berusaha bersungguh-sungguh hanya kepada tuhan kita berserah.

Moga-moga ianya akan menjadi iktibar kepada kita semua.
Continue reading...

Monday, October 19, 2009

Birthday cake untuk 3 beradik



Photocake berlatar belakang kartun pooh n d geng ditempah oleh makcik (Pn. Laily) sempena meraikan birthday ketiga-tiga anaknya serentak. Senang berurusan dengan makcik kerana semuanya terpulang pada saya dari segi deko dan jenis kek. Maka saya buatkan choc. moist cake + bc + edible image. Semoga kalian berpuas hati.

Kepada Nora, Syarifah dan Faizal " Selamat Ulangtahun dan semoga kalian dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa... Amin"
Continue reading...

Wednesday, October 7, 2009

Cupcakes pink purple




Cupcakes bertemakan pink purple...puas gak pikirkan design nya...last2 dapat idea bila buka blog bakedecorate2u. thanks bakedecorate2u. inilah hasilnya cupcakes bertemakan pink purple untuk hantaran perkahwinan adik.
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice