Tuesday, November 16, 2010

birthday cake, wedding cake & kek hantaran


3 dalam 1....alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma ssatu je mslh yg dihadapi. pengantin nak kek edible utk dijadikan hantaran tapi printer edible ada masalah teknikal...dakwat dia tersumbat lak....aduh...nk order dgn mmber dh tak sempat sbb cuti deepavali....courier tak boleh hntr....nasib baik si pengantin faham...terima ksih ye dik...kalu tak susah hati akak dibuatnya...yelah kepuasan pelanggan adalah tanda kejayaan bg bakeri ainie....apapun akak mmg senang berurusan dgn sara....nice deal with u....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye syg.

birthday cake


kek hantaran


wedding cake / cupcake
Continue reading...

blueberry cheesecake


Blueberry cheesecake untuk Zainon dan utk birthday abah....kaya dgn rasa keju dan blueberry...erm...sedap ...jika berminat boleh hubungi bakeri ainie

Continue reading...

blueberry cake for hantaran


Blue berry cake ni diorder oleh Hjh. Sara....dia mahukan kek yg saiznya sesuai dgn bekas yg diberi....cantik bekas tu sebab dah dihias.



Setelah dimasukkan dalam bekas makin bertambah le cantiknya...hehe perasan le pulak....tapi mmg betul...bila dah isi dlm bekas ni nampak tambah cantik....betul x?



Terima kasih ye makcik sara kerana sudi menempah dgn bakeri ainie...nnt bila majlis kahwin shahidah jgn lupa order lg ye...heheh

Continue reading...

Birthday Aina


...s



Seperti yg telah dijanjikan...kek barbie utk birthday Aina....aku pun buat le....seronok tak terhingga...senyum lebar je...kebetulan masih dlom mood raya....so...aku ajak le kawan2 sekolah dia dtg buat marhaban kat umah dan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari lahirnya....Selamat ulangtahun Aina....mak doakan aina bahagia di dunia dan di akhirat ye sayang....muahhhh!!!


hehehe...selalu dok buat kek utk orang...kali ni wat kek utk anak sendiri.....very proud of myself especially when someone was happy with what i've done....
Continue reading...

blueberry Cake utk makan2




Blueberry Cake ni ditempah oleh Enon...my regular customer....katanya untuk makan2...tp ada tulis selamat hari lahir....eh betul ke non...kalu salah mintak ampun mitak maaf ye....
Continue reading...

A little Princess


Kek barbie ni ditempah oleh Zainon sempena birthday her daughter yg kelima thn....Happy birthday to a little princess....nice deal with u


Cupcake ni pulak saje bg untuk menambahkan lagi kemeriahan majlis birthday girl ni....


Continue reading...

Monday, November 15, 2010

Kelas aneka kuih frozen


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....dalam kelas ni mereka belajar buat pau, karipap pusar, cucur badak dan bermacam2 lg le...ramai yg datang hadir ke kelas ni...maka byk le celoteh dan ragam para peserta....jom layan antara gambar yg sempat di ambil...




Continue reading...

Thursday, October 14, 2010

bday cupcake


Cupcake arsenal ni ditempah oleh orang jauh dari penang...tempahan khas buat kekasih hati, erol, design dari penempah saya just followed je....tapi seronok le tgk cantik kan...hehe puji diri sendiri nampak...takpelah sekali sekala....enjoy massa buat cupcake ni. thanks ye...nnt tempah kek hantaran lak ye



Continue reading...

bday cake



Continue reading...

b'day cupcake n anniversary cake


Tempahan yang dibuat oleh student uitm segamat....apa ye nama dia...aduh tak ingat le pulak....kalu tak silap nama ieka, harap2 betul lah...kalu silap mintak maaf ye....apapun ieka cakap kek ni sedap sgt....mana tak sedap choc moist cake with ganache.....full with coklat memang sesuai untuk para penggemar coklat...thanks ye ieka...nnnt order lg ye....


Continue reading...

Marble Cake for a door gift


Marble cake bersaiz 6in ni ditempah oleh kawanku, Liza @ tart (nama gelaran masa zaman sekolah2 dan diteruskan hingga sekarang, huhu) sempena majlis perkahwinan adik lelakinya, ijad (eh...betul ke tart)....tulah majlisnya dah lama tapi baru nak cite kat blog, hehe sori ye kawan....tempahan sebanyak 150 biji pelbagai perisa....thanks ye tart kerana beri peluang pada bakeri ainie.....dan pada yg berminat boleh hubungi bakeriainie untuk tempahan....



Continue reading...

Selamat Hari Guru


Gambar2 terlupa lak nak upload...heheheh....takpelah...layan je lah gambar2 ni ok....suasana sambutan hari guru di tadika kemas anak2 ku, macam2 ada u....pilih jelah...happening gak le walaupun majlis disambut secara sederhana


Continue reading...

Monday, August 23, 2010

Tempahan biskut raya sehingga 30 OGOS


Tempahan biskut raya dibuka sehingga 30 Ogos. Homemade cookies yang dibuat menggunakan bahan2 bermutu tinggi dan dijual pada harga yang sangat2 berpatutan. Hanya biskut2 yang paling hangat di pasaran serta mendapat permintaan paling tinggi. Ada 7 jenis biskut iaitu:


White Havana / Pink Havana / Blueberi Havana
RM23 /50pcs



Almond London = RM 22/50pcs


Choc. Chips = RM22/50pcs


Tat gulung Nanas = RM 22/50pcs


Coconut Flakes = RM 22/50pcs
Continue reading...

Thursday, June 10, 2010

Stop for good


Masa ainun nak amik kek bday anak saudaranya...dia ckp ada satu kek lagi nak tempah dan kali ni untuk bday suaminya....tapi Ainun mencadangkan kek kali ni bertemakan "Larangan Merokok"...hah...mcmana tu? Kata Ainun, suaminya cakap nak berhenti merokok...tu sebab dia tanya ble tak buat kek bertemakan larangan merokok.... Hehe boleh ke aku buat ni....nnt kalau tersalah design takut merajuk pulak suami si Ainun ni....Fikir punya fikir maka terlahirlah design sedemikian...so jgn kita buang masa.....layannnzz......





choc moist cake + bc + edible
2kg
Continue reading...

bday kek 5 beradik


Seronoknya mereka ni dapat sambut bday sama2....kek ni ditempah oleh ibu saudara mereka yg merupakan pelanggan tetap bakeriainie....terima ksih la Ainun kerana sentiasa menyokong produk keluaran bakeriainie ye...so, apa tunggu lagi jom layanzzz gambar....yuk









choc sponge cake + bc + edible
2kg
Continue reading...

Thursday, June 3, 2010

berkongsi ilmu


Sumber ini saya dapat dari blog kawan saya iaitu En. Zaki, klik sini. Saya sungguh terkedu apabila membacanya. Bayangkan selama ini saya telah menyalahgunakan perkataan tersebut. dan disini saya rasa saya patut berkongsi pengetahuan ini dengan rakan2 sekalian.


Salam sahabatku,

Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.

Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.

Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).

Sekian.

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!

Continue reading...

Thursday, May 20, 2010

bday kek lagi


Kali ni tempahan last minit....kek aiskrim coklat....last minit tempahan maka buatnya pun agak kelam kabut le .... apapun kita layan je gambar...jom...






Continue reading...

bday kek edible


bday kek ditempah oleh salah seorang cikgu di tempat enon....lupa lak nak tanya nama cikgu yang menempah ni...kek ni ditempah sempena ulangtahun anaknya Izzati yang ke 10 tahun. Semoga panjang umur dan semoga berjaya dalam pelajaran bakeriainie ucapkan. Akhir kata jom le kita layan gambar kek lak...layannnzz








Choc sponge cake + BC +
princess edible
Continue reading...

Sunday, May 16, 2010

Kek Untukmu Guru


Pada hari khamis malam jumaat, bakeriainie telah menerima panggilan dari Enon. Enon inginkan sebiji kek seberat 2kg berbentuk buku khas untuk meraikan hari guru di sekolahnya.Bakeriainie seronok deko kek ni. Menggunakan edible image dan hiasan alat tulis serta skroll yang dibuat menggunakan fondant. Sebenarnya saja bakeriainie buat tambahan deko pada kek tu. Bakeriainie bertambah gembira bila mendapat pujian daripada orang yang menempah ternyata beliau sungguh berpuashati.. thanks ye non kerana memberi kepercayaan kepada bakerianie dan lain kali order le lagi untuk birthday anak lak. Ok..jom kita layan gambar.






moist choc cake
+2kg
Bc+edible+fondant

Bagi sesiapa yang inginkan edible image boleh hubungi bakeriainie


Continue reading...

Puisi Untukmu Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru terutama guru-guru yang telah banyak mendidik ainie. Disini bakeriainie ingin tujukan sebuah puisi kepada semua guru diluar sana.

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Continue reading...

Sunday, May 9, 2010

Oren buttercake untuk ibu



Oren Buttercake ni ditempah oleh Farhad melalui email....senang berurusan dengan Farhad ni...semua urusan berjalan dengan lancar sekali...bakeriainie harap ibu farhad gembira menerima hadiah ingatan daripada anaknya yang duduk jauh di rantau orang..walaupun jauh sebagai seorang anak, dia tidak lupa untuk meraikan ibunya sempena hari ibu ini. Farhad membuat tempahan buttercake + hiasan BC ringkas...Namun segala tambahan adalah pemberian daripada bakerianie sempena meraikan hari ibu. Jom kita layan gambar.







Oren buttercake
9"
Hiasan BC
Continue reading...
 

Bakeri Ainie Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice